Thursday, September 17, 2009

Kuku dan Jari

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


RASULULLAH S.A.W BERSABDA:


YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

p/s : Semoga kita semua memotong kuku pada hari yang sebaik2 pada Jumaat. Nur sendiri pun kadang-kadang alpa dalam soal memotong kuku ni. Teringat seorang teman baik Nur yang selalu nasihatkan Nur untuk potong kuku setiap kali Jumaat, terima kasih.

JARI

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.

5 comments:

laicikang said...

hmm..ape jd klu kite ggit kuku hari jumaat..sbb dh lupe nk ketip kuku..so..ggit je lah..
hehehe..bley x?
hmm...klu jari kite kcik..dn cincin tu beso..tp kite nk pkai jugak..sbb cincin tu..ehem2 yg bagi..so ley x kite pkai cincin selain jri2 yg d syorkan?
haaaaa..jwb2..

Nur Nurani said...

~ha3..nk maen soal jwb lak ek?
~InsyaAllah, Nur akan jwb dgn ape yg Nur tau..
~Klu lup nk potong hari jumaat, kne lar tungu hari jumaat akan dtg kot..he3..coz, klu ggit kuku x elok, sbb ade kuman yg leh sbbkan penyakit. Sebab tu lar, kne amalkan dr awal2 lg, potong kuku stiap jumaat, insyAllah akan ingat n terbiasa.
~dan psl cincin plak, slain pemakaian kt jari manis dan kelinkng mmg x bleh. Jd, klu si dia dh tslh beli cincin, suh dia g tuka cincin yg saiz ataupun g beli yg br jer..he3..
~harap2 jwpn ini memuaskan hati saudari, segala yg baik itu dtg dr Allah, dan yg kurang itu dr Nur. Terima kasih kerna btanya..

mira said...

tq nur..kerana mengingatkn kami yg kadg2 ini alpa dan jahil dalam bab2 yg agak remeh mcm ni..walopn remeh, kalo kte amalkn btol2 kte juge dpt pahala krn ikut sunnah..yg gha 2..kalo trlupe ari jumaat, kte leh potng ari isnin..xsempt pjg lg kot..he3

Nur Nurani said...

~Itu lah sbenarnya tujuan Nur wat blog ni.
~Wlupun perkara remeh, ttp kta sering lupa/alpa..
~Moga2 kta ambil serius benda yg kta angap remeh temeh ni.

Anonymous said...

huhu cincin i silap jari lol... amacam cincin emas plk err?
ada artikel?
potong kuku isnin khasmis jumaat la kan ?