Tuesday, October 13, 2009

Wanita & tmn karib (period/haid)

Salam..

Setiap org yg bergelar wanita tidak akan lar dari mengalami waktu period. Nur selalu
mengatakan tempoh waktu itu sebagai tmn plg karib dtg menziarah. Setiap wanita menpunyai tempoh waktu yang tertentu di dlm kitarannya.

Pada kali ini Nur ingin menbawa kita sume mengupas lebih lanjut mengenai topik ini. Awal2 kewujudan period ni bermula dengan kisah Hawa.

SEJARAH AWAL PERIOD/HAID :

Menurut riwayatnya di dalam Al-Quran nabi Adam a.s. serta Hawa hidup di syurga dahulu. Mereka berpakaian elok dan cantik. Allah membenarkan nabi Adam a.s. dan Hawa bebas berkeliaran tetapi hanya melarang mereka memakan buah khuldi di pohon larangan sahaja dan memperingati mereka bahawa iblis merupakan musuh mereka yang nyata dan supaya mereka jangan mendengar hasutan mereka. Sebelum itu iblis yang dengki dengan kedudukan tinggi yang diberikan nabi Adam a.s., setiap hari menghasut mereka untuk memakan dari pohon larangan itu.

Kononnya jika mereka memakan buah itu mereka akan menjadi malaikat dan juga boleh kekal di dalam syurga. Nabi Adam a.s. dan Hawa berdua masing-masing akhirnya terpengaruh dan apabila mereka memakan buah khuldi itu terus mereka berkeadaan bertelanjangan sehingga mereka lari bertempiaran mengutip dedaunan dari pohon-pohon di syurga lantaran merasa malu yang teramat sangat. Apabila Allah mengetahui tentang ini Allah murka kerana nabi Adam dan Hawa melanggar perintahnya dan berjumpa dengan
mereka. Mereka berdua sangat sedih dan segera memohon maaf dan bertaubat pada Allah. Dari peristiwa itu Allah s.w.t telah melantik nabi Adam a.s. sebagai khalifah ke muka dan menyuruh nabi Adam a.s. dan Hawa duduk di bumi sehinggalah ke satu masa yang ditetapkan mereka akan dibicarakan menurut amalan yang mereka lakukan.

Menurut riwayat seterusnya oleh para al-anbiya dikatakan Allah mengenakan haid kepada Hawa. Hawa diberi haid untuk menerima tanggungjawab besar sesuai dengan peranannya sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya di bumi kelak. Allah sudah mengkhususkan tanggungjawab ibu kepada kaum Hawa maka pendarahan haid yang berlaku selepas memakan pohon larangan merupakan satu persediaan proses fisiologi biologi
wanita sebagai ibu di bumi kelak. Lebih tepat lagi haid bersifat memberi Kifaraah iaitu meluruhkan dosa-dosa kaum Hawa jika dia pernah melakukan dosa di masa-masa yang lalu. Islam senantiasa mengasihi umatnya dan setiap keuzuran atau kesakitan yang ditimpakan kepada umatnya yang diterima dengan hati yang redha akan menyebabkan
dosa mereka yang lampau luruh dan digantikan dengan pahala. Haid bukan satu sumpahan tetapi merupakan rahmat Allah untuk kaum Hawa. Yang jelas di dalam Al-Quran gejala haid disebut sekali sahaja iaitu berhubungan dengan hukum fiqah yang berkaitan dengannya dan tiada sebutan tentang sumpahan Allah s.w.t. Penjelasan ini sesuai diterima oleh akal serta fitrah kepada logik dan kejadian sains. Haid disebut di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 222.

"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) haid. Katakanlah ia menjijikkan dan mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datanglah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." Islam membetulkan penyelewengan terhadap kaum wanita. Hawa tidak menghasut nabi Adam a.s. di syurga dan haid tidak disebut di dalam Al-Quran sebagai sumpah untuk kaum wanita. Di sebaliknya syaitanlah yang menghasut mereka berdua untuk melakukan dosa. Nabi Adam berdosa kerana dia sendiri tertipu oleh hasutan iblis"

Haid merupakan satu keadaan fitrah wanita sesuai dengan peranannya sebagai kaum ibu sahaja. Allah memkhususkan tugas keibuan terletak di bahu kaum Hawa dan ini tidak pernah dapat lari dari realiti kehidupan kita setiap hari walau macam mana moden manusia berubah mengikut masa.

LARANGAN SEMASA DTG PERIOD/HAID :

Bagi wanita haid dilarang melakukan shalat, puasa, masuk masjid, membaca Al-Qur’an dan menyentuhnya, melakukan thawaf dan berhubungan badan.


Dari Abi Said dalam sebuah riwayatnya, bahwa Nabi SAW bertanya kepada para wanita “Bukankah kesaksian wanita separuh dari kesaksian orang lelaki ?” mereka menjawab “Ya” Nabi SAW bersabda “Itu merupakan bukti kelemahan akalnya. Bukanlah bila haid ia tidak shalat dan tidak puasa ?” mereka menjawab “Ya” Nabi SAW bersabda “Itu merupakan kekurangan agamanya”. As-Syaukani berkata, kata-kata tidak shalat dan tidak puasa menunjukan bahwa larangan bagi wanita haid untuk puasa dan shalat setelah berlaku sebelum peristiwa itu. Hadits tersebut menunjukan tidak wajib shalat dan puasa bagi wanita yang sedang haid. Dan ini merupakan konsensus ulama. Hadits itu menunjukan bahwa akal bisa bertambah dan berkurang, begitu pula iman. Para ahli fiqih sepakat bahwa wanita yang haid tidak wajib meng-qadha shalat dan wajib meng-qadha puasa.

Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkat derajatnya, seperti derajatnya 40 orang yang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.



Jadi, sebagai wanita muslim, ada sebabnya Allah ciptakan sebegitu. Dan kerna kita adalah seorang wanita lah yang menjadikan kita sangat istimewa.

p/s :Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah...

3 comments:

Anonymous said...

intresting..
for me..woman always beautiful
love them as u love ur family
syukurlah menjadi wanita solehah

Nur Nurani said...

i think evry men should treat women nicely n appreciate them.. Coz women value r infinity..

Andy said...

thanx view my blog :")