Sunday, September 27, 2009

Lagging...

Salam semua. Beberapa hari duduk di rumah , membuat Nur pening dan ditambah dengan assignment yang berlambak-lambak menjerit2 minta utnuk disiapkan. Asta'zim...tertekan yang teramat rasanya. Ditambah lagi kekurangan oksigen menyebabkan otak Nur menjadi begitu slow a.k.a lagging dan asyik menghadap laptop jer. Almaklum, time raya macam ni, semua housemate balik beraya. Syukur kawan nur sudah pun ada di rumah, dan dengan itu, Nur merasmikan weekend kali ini dengan menonton cerita korea meskipun assigment Carbonyl cehmistry terletak di tepi Nur sedang menjerit2.

Nur br shj selesai menonton sebuah cerita korea yang menjadi kegemaran Nur selama ni, " More than Blue / A sad story than sadness". Sebuah muvy yang cukup menyayat hati dan mampu mengalirkan airmata bagi yang begitu lembut hatinya. Cerita yang mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang sanggup membiarkan orang yang di sayanginya untuk hidup bahagia bersama dengan insan lain kerna dia tahu hayatnya tidak panjang. Membahagiakan orang yang ingin dicintai nya meskipun dirinya menghitung masa untuk "pergi".

Apa yang Nur ingin kongsikan di sini bukan sahaja pasal cinta nya terhadap kekasih, tetapi , moral of the story, HARGAI DAN BAHAGIAKAN LAH ORANG YANG BERADA DI SEKELILING KITA.



Hargailah dengan apa dan siapa yang ada di sisi kita terutama sekali kepada kedua orang tua kita yang banyak mendidik, membesarkan dan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang tidak mampu kita balas jasa mereka sehingga ke akhir hayat sekalipun. Orang tua kita tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan pun daripada kita, cukup lah andai kita berjaya dalam study dan mendapatkan pekerjaan yang baik dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu, dan kebahagiaan seorang ibu terletak pada anak2nya. Andai anaknya berjaya, menjadi insan yang berguna dan menjadi seorang anak yang soleh/solehah, sudah memadai bagi mengembirakan sekeping hati ibu dan ayah.

Walaupun kita asyik sibuk melayan kesibukan dan kemewahan dunia tetapi jangan di abaikan ibu bapa kita. Kalau ada masa yang terluang, sentiasa lah menghubungi mereka untuk bertanya khabar agar mereka merasakan kita sentiasa ingat dan menyayangi mereka. Nur sendiri pun begitu, setiap hari akan menghubungi mummy dan daddy Nur. Bagi Nur, biarpun mereka jauh di mata, tetapi mereka tetap berada dekat di hati Nur. Hanya suara mereka sahaja yang mampu mengubat kerinduan nur terhadap mereka.

Mummy & daddy----> Luv both of u so much. Maafkan Nur kerana tak dapat berada di sisi korg dan doakan kejayaan anakmu ini di tempat orang, biarpun jauh merantau demi menimba ilmu. Both of u owes in my heart. Aku sayau ke seduai ke belama-lama ya.

2 comments:

Anonymous said...

nice.. kmk mauk ucapkan selamat hari raya ngan kitak. jaga dirik bebait. baguslah kitak dah jumpa apa yang kitak mauk

Nur Nurani said...

Thanx.. slmt hari raya 2.