Wednesday, September 16, 2009

Hantu & Jin---> in PHYSIC

Setiap kali kita bercerita tentang hantu atau pun jin, sudah pasti ada yang sudah mengeletar ketakutan dan perasaan atkut itu mulai menguasai diri. Apatah lagi kalau bercerita di waktu malam, anak mata sudah pasti meliar-liar memandang sekeliling dan bulu roma pun turut naik skali..

Ape pun yg cerita mengenai hantu & jin ini, nur percaya, setiap dari kta mempunyai cerita tersendiri ataupun ada yang sudah di olah semula. Yang pasti nya, kita sentiasa tertanya-tanya bagaimana kah kewujudan golongan ini.

Dari sudut agama, memang telah mengatakan bahawa alam hantu ataupun jin ini memang wujud dan kita tidak akan dapat melihat kewujudan mereka.

Tetapi di sini Nur ingin berkongsi sedikit artikel yang pernah Nur baca sebelum ini yang mengatakan bahawa hantu & jin itu wujud dalam bentuk gelombang dan quantum..

Tefikir juga Nur, apakah yang dikatakan dengan kewujudan ini. Kaji selidik ini telah tebukti secara saintifik yang Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir
Norhisham .

Katanya, hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad
menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka
terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan
teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon,
molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

"Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema," katanya yang
menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.
Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin
daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia
menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi
penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada
unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh
manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan
sehingga ke tahap kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap
gelombang 'tidak sihat' mampu memberikan kesan terhadap 'animasi
kehidupan' seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti
mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah
cenderung mencederakan diri
sehingga membunuh diri.

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada
tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu. Suatu gelombang
infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara
tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu
yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak
selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

*FAKTA: Hantu dan jin*

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida,
frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.



Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas
beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada
tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.

Begitu lah petikan yang Nur ambil sedikit dan kongsi bersama.

Oleh itu, Nur percaya bahawa dengan bezikir itu kita boleh mendapatkan ketenangan kerana setiap rongga badan kita tidak akan mampu di isi oleh hantu & jin ini..

p/s: kita x perlu merasa takut kan hantu & jin, sebaliknya takut lah kepada Allah s.wt.

No comments: