Friday, September 18, 2009

Hari Raya Aidilfitri




Sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga, akhirnya kita bulan ramadhan pergi jua dan bakal tiba Hari raya. Setiap kali menjelang Hari Raya apatah lagi mendengar takbir raya.. Terbayang di mata Nur, wajah daddy dan mummy Nur yang jauh di mata. Alangkah indah nya, setiap kali berhari raya, Nur bersama-sama mereka meraikan hari kemenangan kita semua, mengucup tangan dan memohon keampunan di atas dosa-dosa lepas. Sedih nya, impian Nur itu hanya angan-angan kosong yang entah akan tiba.

Tetapi Nur amat bersyukur kepada Allah swt kerana mempunyai rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan dan nasihat apabila Nur berada di dalam kesusahan dan kesdihan. Dan Nur juga amat menghargai kehadiran insan tersayang di sisi Nur, terima kasih kerana telah mengisi kekosongan hidup Nur selama ini.

Tahun ini, telah masuk tahun ke 2 Nur beraya di kampung kawan baik Nur dan bersama Umi (mak kpd kawan baik Nur). Terubat lah sedikit kerinduan dan kesedihaan hati Nur kerana mereka begitu menyayangi Nur. Terharu sangat apabila mereka belikan Nur baju raya sekali. Betapa Nur hargai semua pemberian Umi. Terima kasih Umi, Nur sayang Umi.

Nur paling tak sabar nak blik ke kampung nenek kawan baik Nur, gembira sangat2 melihat suasana kampung. Terasa jauh dari kesibukan kota dan dapat lari dari carbon monoksida yang berlambak2 di bandar tu. Angin segar dengan suasana kampung, dengan masing-masing balik ke kampung, membuat Nur makin teruja. Nur paling rindu dengan sambal ta'un yang nenek masak di kampung. Mula-mula Nur mencuba menu baru ni, memang sangat pedas kerana di masak dengan begitu banyak lengkuas. Tapi makin Nur mencuba, Nur semakin "addicted" dengan sambal ta'un. Bestttt sangat..!! ^____________^Y

Malam menjelang nak raya ni, Nur berharap agar, perjalanan ke kampung nanti selamat mudah-mudahan. Berhati-hati di jalan raya semasa memandu balik kampung.

Time raya ni, teringat kat kawan-kawan Nur yang suka pasang lagu raya dalam kereta. lagu Siti nurhaliza-sesuci Lebaran.

Selamat menyambut Hari raya semua. Maaf zahir dan batin.


idea ( Gha & ayi)..terima kasih..

2 comments:

iQa~ said...

selamat hari raya babe..doaku buat mu sahabat,smoga cahaya islam sentiasa dihati kita dan semoga persahabatan ini kekal selamanya..

Nur Nurani said...

~slmt hari raya 2 ..
~InsyaAllah, Nur Islam dan psahabatan kte akan sntiasa dlm hati kte sume..
~Thnx 4 ur support..
~Moga2 dgn blog Nur ni, blh mjadi guide kpd kte sume..