Tuesday, September 29, 2009

EGOIST + PERFECTIONIST = PREJUDICE

Senja semakin merangkak...

Nur ttp sebentar microsoft word

Pening...lab report yg bertimbun2

Satu saat membawa Nur teringatkan

memori gelap

PREJUDIS

itulah yg terbuku di benak Nur

mahu diam saja tp hati makin meronta2

diam bknnya lemah

bkn mahu trus dicerca, di pndg hina, di fitnah

kerna hakikatnya bkn begitu..

Manusia..

mmg penuh dgn sifat prejudis

menilai hanya pd kesilapan

dan apa yg ada di dpn mata

Tidak pernah mahu tahu

Tidak pernah mahu memahami

Tidak pernah mahu percaya

Sedangkan Allah swt menyatakan

"Berfikir lah yang baik2 terhadap org laen"

Tp manusia begitu EGOIS

Sedangkan yg mahu di tegak kan itu..

Tidak pernah bengkok..

Jari telunjuk mengarah ke org laen

Pdhal 4 jari menunjuk ke sndiri tp x sedar2

Kerna anggap diri "PERFECT"

Malah bicara itu lbh bisa dr racun

Yg mampu mbunuh dgn kejam

Secara perlahan lahan

Kau lah ZIONIST DLM DIAM...!!!


p/s : Sesungguhnya, hati yg penuh dgn debu itu, menyalakan kpd keegoan yang akhirnya melahirkan sikap PREJUDIS. Sucikan lah hati kita dgn beringat kpd Allah swt. Hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh;Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung; Jika hati seindah bulan, hiasilah ia dengan IMAN.

Monday, September 28, 2009

Sum1 said...

Stop killing myself

Get back 2 where im blong b4

i have a dream

i should go 4 it

dun turn back

dun waste my money, energy + time

get wat i need 2 get my dream comes true

if i think by igonring al the peoples can make my life beter

then ignore them

1 important thing

b honest wit myself

then only i can earn the value of living my life

BUT i need sumthing 2 inspire me

I REALI NEED IT NOW B4 its 2 late..

Dear GOD, help me 2 find my way and give me strength 2 achieve my dream. Amin.

Bijak spt org YAHUDI?

Sedang asyik lecturer Nur berkutbah di depan, satu persatu slide show muncul di depan skrin putih, "Superconductor bla bla bla..." tiba2 Nur teringatkan satu artikel yg pernah Nur baca dulu.( JGN MENIRU TABIAT BERANGAN NUR DI DLM KLAZ... NOT A GUD EXAMPLE)..Mata yg kuyu dan mengantuk terus segar kembali. Kawan Nur, Ina dan Adik di sebelah begitu khusyuk sekali memandang ke dpn. Tangan Nur terus mencapai pena dan menconteng kertas A4...

BAGAIMANA MAHU SEBIJAK YAHUDI? Itu lah yang muncul di dalam sereblum Nur.

Allah swt menganugerahkan kita kebijaksanaan dengan pemberian otak yg ada pd kita untuk kita terokai/ pelajari segala ilmu ciptaan Nya.

Bermula dari zaman nabi lagi, Allah telah memberitahu bahawa ada satu kaum yang paling cerdik pandai di antara kita iaitu kaum Yahudi.

Menurut kajian seorang professor, beliau telah mengambil masa selama 8 tahun untuk menyiapkan tesis nya di dalam mengumpul segala data dan membahagikan penyelidikan beliau kepada 4 peringkat. Berikut merupakan kata-kata beliau.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

If u juz realize


i 1 2 say sumthing

but they wont hear me


i 1 2 flying high

but my wings broken


i 1 2 run away

but my leg frozen stil


I'm not reali sure

should i keep on walking

even i noe

there's maybe nothing 4 me


i close my eyes

Bismillahirahmannirahim...

I'm not alone

coz He owes wit me

stand by me

in my journey..

Sunday, September 27, 2009

Lagging...

Salam semua. Beberapa hari duduk di rumah , membuat Nur pening dan ditambah dengan assignment yang berlambak-lambak menjerit2 minta utnuk disiapkan. Asta'zim...tertekan yang teramat rasanya. Ditambah lagi kekurangan oksigen menyebabkan otak Nur menjadi begitu slow a.k.a lagging dan asyik menghadap laptop jer. Almaklum, time raya macam ni, semua housemate balik beraya. Syukur kawan nur sudah pun ada di rumah, dan dengan itu, Nur merasmikan weekend kali ini dengan menonton cerita korea meskipun assigment Carbonyl cehmistry terletak di tepi Nur sedang menjerit2.

Nur br shj selesai menonton sebuah cerita korea yang menjadi kegemaran Nur selama ni, " More than Blue / A sad story than sadness". Sebuah muvy yang cukup menyayat hati dan mampu mengalirkan airmata bagi yang begitu lembut hatinya. Cerita yang mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang sanggup membiarkan orang yang di sayanginya untuk hidup bahagia bersama dengan insan lain kerna dia tahu hayatnya tidak panjang. Membahagiakan orang yang ingin dicintai nya meskipun dirinya menghitung masa untuk "pergi".

Apa yang Nur ingin kongsikan di sini bukan sahaja pasal cinta nya terhadap kekasih, tetapi , moral of the story, HARGAI DAN BAHAGIAKAN LAH ORANG YANG BERADA DI SEKELILING KITA.



Hargailah dengan apa dan siapa yang ada di sisi kita terutama sekali kepada kedua orang tua kita yang banyak mendidik, membesarkan dan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang tidak mampu kita balas jasa mereka sehingga ke akhir hayat sekalipun. Orang tua kita tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan pun daripada kita, cukup lah andai kita berjaya dalam study dan mendapatkan pekerjaan yang baik dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu, dan kebahagiaan seorang ibu terletak pada anak2nya. Andai anaknya berjaya, menjadi insan yang berguna dan menjadi seorang anak yang soleh/solehah, sudah memadai bagi mengembirakan sekeping hati ibu dan ayah.

Walaupun kita asyik sibuk melayan kesibukan dan kemewahan dunia tetapi jangan di abaikan ibu bapa kita. Kalau ada masa yang terluang, sentiasa lah menghubungi mereka untuk bertanya khabar agar mereka merasakan kita sentiasa ingat dan menyayangi mereka. Nur sendiri pun begitu, setiap hari akan menghubungi mummy dan daddy Nur. Bagi Nur, biarpun mereka jauh di mata, tetapi mereka tetap berada dekat di hati Nur. Hanya suara mereka sahaja yang mampu mengubat kerinduan nur terhadap mereka.

Mummy & daddy----> Luv both of u so much. Maafkan Nur kerana tak dapat berada di sisi korg dan doakan kejayaan anakmu ini di tempat orang, biarpun jauh merantau demi menimba ilmu. Both of u owes in my heart. Aku sayau ke seduai ke belama-lama ya.

Wednesday, September 23, 2009

Zikrullah Dan Tasbih



Salam semua..

Sekembalinya dari menyambut lebaran kali ini, Nur telah kembali menyelongkar dunia tanpa sempadan ini. Memandangkan Nur sendirian di rumah dan rakan2 serumah Nur masaih lagi beraya di kampung. Dan seperti biasa Nur telah menjengah sekejap ke lawan web yang banyak memberikan Nur inspirasi untuk terus menulis blog Nur yang x seberapa ini. Dengan harapan, apa yang Nur baca dapat di kongsikan bersama2.

Bertasbih dan berzikir ini amatlah digalakkan bagi kita umat Islam, ayat2 pujian kepada yang maha Esa.

Allah berfirman :

Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa-apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka kerjakan. (surah an-Nuur; 24:41)

Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) pada waktu petang dan pagi, dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masingnya amat taat kepada Allah. (surah Shaad; 38:18-19)

Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya. (surah ar-Ra'du; 13:13)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri. (surah as-Sajadah; 32:15)

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan zikrullah (mengingat Allah) hati menjadi tenteram. (surah ar-Ra'du; 13:28)


Antara Zikir yang paling senang dan ringkas sekali untuk kita amalkan ialah :

1. Subhanallah (33x)

2. Alhamdu Lillah (33x)

3. Allah Akbar (33x)

Dengan berzikir inilah kita mampu menenangkan hati dan memuji keagungan Allah swt.

p/s: InsyaAllah, marilah kita sama2 mengisi jiwa kita dengan alunan zikir.

Kali ini, Nur terlihat satu lirik lagu yang begitu menyentuh naluri Nur. Kata2 nya seolah2 membawa diri Nur ke perasaan yang begitu mendalam sekali.

Mari lah kita hayati lirik lagu nya bersama2..

KETIKA CINTA BERTASBIH-OST KETIKA CINTA BERTASBIH
NYANYIAN-MELLY FEAT AMEE


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Cinta...

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu


Friday, September 18, 2009

Sun a.k.a Matahariku

Dengar sahaja perkataan matahari, pasti saja Nur teringat kepada drama indonesia, JELITA suatu ketika dulu. Lagu Matahari yang dinyanyikan oleh penyanyi kesayangan Nur, Agnes Monica begitu mantap sekali sehinggakan lagu itu, menjadi siulan kepada kita semua.

Tetapi apa yang Nur ingin kongsikan di sini, bukanlah mengenai lagu tersebut, malah isu sebenar yang Nur ingin katakan disini adalah kewujudan 'matahari' yang memberikan cahaya kepada kita semua di seluruh alam semesta ini. Ciptaan Allah swt ini begitu menakjubkan sekali.

Nur kongsikan bersama keindahan matahari yang telah diambil secara jarak dekat oelh pihak NASA menggunakan teleskop HUBBLE


















Subhanallah..Maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi.. dan juga alam semesta ini.

Simbol Peace-Disebalik simbol ini?



Tahukah kita semua, simbol keamanan yang kita war-war dan amalkan ini mempunyai rahsia nya tersendiri? Nur sendiri pun kurang percaya dengan kewujudan maksud sebanar simbol ini sehingga Nur terbaca beberapa artikel yang menerangkan maksud sebenarnya simbol ini.


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).



Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

p/s : Selama ini kita tidak pernah ambil tahu pun mengenai simbol ini dan apakah maksud di sebalik simbol ini. Nur sendiri pun selalu juga mengamal simbol ni, lebih2 lagi waktu nak ambil gambar, tangan pun dengan automatic seolah2 tiada remote control, buat simbol ni. Kengkawan semua, lepas ni, masih lagi tak nak amalkan simbol ni? he3...

Hari Raya Aidilfitri




Sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga, akhirnya kita bulan ramadhan pergi jua dan bakal tiba Hari raya. Setiap kali menjelang Hari Raya apatah lagi mendengar takbir raya.. Terbayang di mata Nur, wajah daddy dan mummy Nur yang jauh di mata. Alangkah indah nya, setiap kali berhari raya, Nur bersama-sama mereka meraikan hari kemenangan kita semua, mengucup tangan dan memohon keampunan di atas dosa-dosa lepas. Sedih nya, impian Nur itu hanya angan-angan kosong yang entah akan tiba.

Tetapi Nur amat bersyukur kepada Allah swt kerana mempunyai rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan dan nasihat apabila Nur berada di dalam kesusahan dan kesdihan. Dan Nur juga amat menghargai kehadiran insan tersayang di sisi Nur, terima kasih kerana telah mengisi kekosongan hidup Nur selama ini.

Tahun ini, telah masuk tahun ke 2 Nur beraya di kampung kawan baik Nur dan bersama Umi (mak kpd kawan baik Nur). Terubat lah sedikit kerinduan dan kesedihaan hati Nur kerana mereka begitu menyayangi Nur. Terharu sangat apabila mereka belikan Nur baju raya sekali. Betapa Nur hargai semua pemberian Umi. Terima kasih Umi, Nur sayang Umi.

Nur paling tak sabar nak blik ke kampung nenek kawan baik Nur, gembira sangat2 melihat suasana kampung. Terasa jauh dari kesibukan kota dan dapat lari dari carbon monoksida yang berlambak2 di bandar tu. Angin segar dengan suasana kampung, dengan masing-masing balik ke kampung, membuat Nur makin teruja. Nur paling rindu dengan sambal ta'un yang nenek masak di kampung. Mula-mula Nur mencuba menu baru ni, memang sangat pedas kerana di masak dengan begitu banyak lengkuas. Tapi makin Nur mencuba, Nur semakin "addicted" dengan sambal ta'un. Bestttt sangat..!! ^____________^Y

Malam menjelang nak raya ni, Nur berharap agar, perjalanan ke kampung nanti selamat mudah-mudahan. Berhati-hati di jalan raya semasa memandu balik kampung.

Time raya ni, teringat kat kawan-kawan Nur yang suka pasang lagu raya dalam kereta. lagu Siti nurhaliza-sesuci Lebaran.

Selamat menyambut Hari raya semua. Maaf zahir dan batin.


idea ( Gha & ayi)..terima kasih..

Alcohol-free Beer For Muslim?



Selalunya apabila kita mengatakan mengenai "beer" sudah pasti ramai di antara kita yang tahu bahwa ia mengandungi alkohol. Dan sudah pasti agama kita meharamkan kita dari meminum minuman ini.

Baru-baru ini, Nur sendiri terbaca satu artikel yang menyebarkan mengenai perniangaan sepasang suami isteri di Manchester yang telah mewujudkan ataupun mencipta produk yang unik serta menjualnya secara maya (online). Salah satu produk yang dihasilkan adalah alcohol-free beer.

Mereka mendakwa, produk beer dan wine yang dicipta oleh mereka itu bebas dari alkohol dan halal untuk di minum oleh semua org yang beragama islam. Kerana sebelum ini, beer hanya boleh diminum oleh org yang bukan islam sahaja. Menurut artikel itu juga, beer dan wine itu telah di sediakan dalam berbagai jenis.

Selain itu juga, Nur ada terbaca artikel yang lain, iaitu sebuah syarikat dari Iran, Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman beer tanpa alkohol jenama ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Ermm, terfikir juga Nur, berapa banyak yang perlu mereka laburkan untuk bisinis seperti ini. Semata-mata untuk menarik minat org islam di negara kita.

Menurut artikel itu lagi, beer yang di panggil dengan nama "ISTAK" itu dikatakan mengandungi vitamin kerana dihasilkan melalui barli yang diperam dan ya juga boleh menambahkan tenaga, membakar lemak dan mencegah dari penyakit batu karang.

Apa yang ingin Nur sampaikan di sini adalah, kita masyarakat yang beragama islam, sejak sekian lama telah mem'program'kan ataupun menanam kan di minda kita bahawa minuman beer ataupun wine itu adalah haram untuk di minum. Lagipun, bentuk botol nya sahaja sudah serupa dengan betuk asal minuman beer yang beralkohol. Tambahan pula nama "beer" ini sendiri sudah pasti akan menambahkan kekeliruan di kalangan orang islam terutama sekali budak- budak kecil yang baru ingin mengenali dunia luar.

Oleh itu, bagi Nur, biarlah minuman itu ditukar kepada nama yang lain dan bentuk asal minuaman itu di ubah agar tidak menyerupai bentuk asal minuman yang beralkohol itu. Sebelum terlambat, fikirkan2lah, bahawa kekeliruan itu nanti akan memusnahkan anak sesama islam kita sendiri.

Berikut Nur sertakan Fatwa dari negara singapore untuk rujukan bersama :

Source: sahannan@sonarbangladesh.com

Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatahu

BEWARE the "wolf in sheep's clothes". I know this may be a common drink in some areas, but the so-called "non-alcoholic beer" does contain alcohol. (plus it looks like jahiliya to have a Muslim sipping from a beer bottle anyway.)

Alhamdulillah Allah (SWT) blessed us with uncountable delicious HALAL drinks let's avoid this one.

1 Details of Fatwa

Title of Fatwa Non-Alcoholic Beer
Date of Reply 12/Jul/2003
Topic Of Fatwa Foods & Drinks
Question of Fatwa

Dear scholars, As-Salamu `alaykum. My husband drinks non-alcoholic beer with the intention of not thinking of it as beer, but I believe it is haram. Can you please give us an opinion on this? Jazakum Allah khayran.

Name of Mufti IOL Shari`ah Researchers

Content of Reply

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear sister in Islam, we would like to thank you for the great confidence you place in us, and we implore Allah Almighty to help us serve His cause and render our work for His Sake.

The basic ruling on food and drink is that things are halal except for those which are specifically described in Shari`ah as being haram, such as alcoholic drinks. It was reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: "Every intoxicating substance is haram." (Narrated by al-Bukhari) And it was narrated that `A'ishah said:

"The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said: `Every intoxicating substance is haram, and whatever intoxicates in large amounts, a handful of it is haram.'" (Narrated by at-Tirmidhi).

Focusing more on the question in point, we'd like to cite the following relevant fatwa:

"Non-alcoholic beer is haram because although it is claimed that it is alcohol free, it does have some alcohol in it. We checked with beer manufacturersand confirmed that non-alcoholic beers do have a minimum amount of alcohol in them because during the manufacturing process, a small amount of alcohol is unavoidable. Also, we checked the matter from the legal perspective and found that U.S. law (and probably European law, too), allows beer manufacturers to claim that it is alcohol free if it contains less than one percent alcohol.
We wish all Muslims were aware of this fact and if they are not, then we should make this known through the proper educational and media channels."

Source: www.islamicity.com

Allah Almighty knows best.


2 Details of Fatwa
Title of Fatwa Non-Alcoholic Beer: Prohibited?
Date of Reply 25/Dec/2005
Topic Of Fatwa Foods & Drinks
Question of Fatwa

Is non-alcoholic beer halal? Can Muslims consume it?
Name of Mufti Islamic Religious Council of Singapore

Content of Reply

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Thanks for your question, and we implore Allah to guide us all to the best way through which we can learn more about what is lawful in order to follow it and what is prohibited in order to refrain from approaching it.

Indeed, Muslims need to understand the process of making so-called non-alcoholic beers or wines. The process to make alcoholic and non-alcoholic beers and wines is the same. Both alcoholic and non-alcoholic beers and wines are haram. Once the beer or the wine is produced, alcohol is extracted from it to make it non-alcoholic. Never is 100 percent of the alcohol removed. The Islamic principle is that if the whole of a thing is haram, the part of it is also haram. By that principle non-alcoholic beers and wines are haram.
Responding to the question, the Islamic Religious Council of Singapore, states the following:

Our position is that non-alcoholic beer is not halal. Our position is based on the premise that.

1. It is drunk as an alternative to something which is haram, that is, alcoholic beer.

2. The culture of wine and beer drinking which the drink entails is non-Islamic and, therefore, haram.

Therefore, based on the principle of blocking the doors to transgression in Islamic jurisprudence, non-alcoholic beer is haram.


"To God belongs all that is in the heavens and all that is on the earth. Whether you show what is in your own selves or conceal it, God will call you to account for it. Then He forgives whom He wills and punishes whom He wills, for God is Able to do all things." (Qur'an 2:284).


Kesimpulan nya di sini, bagi diri Nur, beer yang didakwa halal dan bebas alkohol itu tetap juga haram jika mengikut Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Singapura itu.

Anda semua, adakah masih ragu2 lagi? Tepuk dada tanyalah selera. sekian.

Thursday, September 17, 2009

Jenis wajah mayat di dalam kubur

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum.Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Kuku dan Jari

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


RASULULLAH S.A.W BERSABDA:


YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

p/s : Semoga kita semua memotong kuku pada hari yang sebaik2 pada Jumaat. Nur sendiri pun kadang-kadang alpa dalam soal memotong kuku ni. Teringat seorang teman baik Nur yang selalu nasihatkan Nur untuk potong kuku setiap kali Jumaat, terima kasih.

JARI

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.

Destinasi Cinta Anda Di mana?

Setiap dari kita mempunyai destinasi yang berbeza yang ingin kita tuju di dalam hidup ini. Sepanjang perjalanan kehidupan, dugaan sentiasa menduga di kiri kanan. Seringkali kita tersungkur dan jatuh longlai sehinggakan kita merasakan kita tidak mampu untuk berdiri lagi. Pergorbanan dan perjuangan hidup, kadang-kadang menuntut airmata, hati yang kecewa lantas mahu berputus asa.

Nur sendiri sudah lama mencari "destinasi cinta" yang Nur inginkan selama ini. Belajar mengenali sendiri dan memahami orang di sekeliling Nur menjadikan Nur lebih kuat dalam menghadapi apa pun dugaan meskipun hanya di gelar "setahun jagung" di dalam jalan-Nya.

Nur pasti anda semua juga mempunyai destinasi cinta sendiri yang telah anda cari selama ini. Dimana kah destinasi cinta anda itu?

Nur berikan lirik lagu di bawah ini untuk sama-sama kita menilai di mana kah destinasi cinta kita yang sebenarnya.

Destinasi Cinta
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?



Semoga Allah, mengiringi setiap langkah perjalanan hidup kita dan mohon lah lindungan daripada-Nya. InsyaAllah..destinasi cinta yang kita cari selama ini, akan kita temui..AMIN.

Wednesday, September 16, 2009

7 amalan membawa ke destinasi

1. Bissmillahhirrahmannirrahim :
pada tiap2 hendak melakukan sesuatu

2.Alhamdulillah :
pada tiap2 habis melakukan sesuatu

3. Astagfirrullah :
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk

4.InsyaAllah :
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. Lahaula wala quwata illahy billah :
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang berat atau melihat sesuatu yang buruk

6. Innalliah wain na illahirajiun :
Jika menghadapi musibah atau kematian

7. La ila ha ila llah :
Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga2 kita tergolong dikalangan orang yang dipilih Allah.

Manusia semakin kejam-->CARNIBAL

Semoga apa yang Nur paparkan ini, akan menjadi tauladan kepada kita semua. Kita semua haruslah bersyukur kerna masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Tetapi malangnya, bayi2 ini telah menjadi mangsa ketidakperimanusiaan kepada sesetengah orang. Betapa kejamnya manusia pada zaman ini..

Paparan gambar2 di bawah ini amat mengerikan.(Amaran)







Bersama2lah kita menyebarkan berita ini agar kita bersama mengambil iktibar. Allah menciptakan kita dengan sekeping hati...ALANGKAH BAIK NYA, ANDAI MEREKA2 INI MEMPUNYAI HATI, KERNA HATI MEREKA SEPERTI SUDAH "MATI".

Salah 1 tanda2 kiamat?

Laut Aral yang terletak di Kazakstan ini dulu nya adalah laut mati..tetapi kini lautan nya hampir kering sebanyak 10 kali ganda daripada saiz asal nya.

Adakah ini disebabkan pemanasan global atau pun aktiviti yang dilakukan oleh manusia?

Dan dengan berlaku nya, pengeringan Laut Aral ini, menunjukkan betapa jahil nya manusia sehingga menyebabkan gangguan ke atas sistem biologi di kawasan itu dan akhirnya membawa kepada kemudaratan manusia di sekeliling kawasan itu..

Nur sertakan sekali gambar2 yang menunjukan betapa kritikalnya pengeringan di Laut Aral ini..

Baitullah..wat's inside?

Sejak dulu lagi, Nur sering bertanya kepada kengkawan, apakah sebenarnya yang ada di dalam Baitullah itu. Persoalan ini seringkali menghantui minda Nur setiap kali Nur melihat gambar-gambar Kaabah ataupun iklan2 yang memaparkan umat-umat yang menunaikan haji.

Setelah sekian lama Nur cuba mencari akhirnya, Nur dapat juga melihat sendiri gambar Baitullah walaupun secara 'real life' tetapi tahap curiousity Nur sudah mencapai tahap ter'maksimas mungkin.

Dengan itu, Nur ingin kongsikan juga gambar Baitullah itu.



Hantu & Jin---> in PHYSIC

Setiap kali kita bercerita tentang hantu atau pun jin, sudah pasti ada yang sudah mengeletar ketakutan dan perasaan atkut itu mulai menguasai diri. Apatah lagi kalau bercerita di waktu malam, anak mata sudah pasti meliar-liar memandang sekeliling dan bulu roma pun turut naik skali..

Ape pun yg cerita mengenai hantu & jin ini, nur percaya, setiap dari kta mempunyai cerita tersendiri ataupun ada yang sudah di olah semula. Yang pasti nya, kita sentiasa tertanya-tanya bagaimana kah kewujudan golongan ini.

Dari sudut agama, memang telah mengatakan bahawa alam hantu ataupun jin ini memang wujud dan kita tidak akan dapat melihat kewujudan mereka.

Tetapi di sini Nur ingin berkongsi sedikit artikel yang pernah Nur baca sebelum ini yang mengatakan bahawa hantu & jin itu wujud dalam bentuk gelombang dan quantum..

Tefikir juga Nur, apakah yang dikatakan dengan kewujudan ini. Kaji selidik ini telah tebukti secara saintifik yang Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir
Norhisham .

Katanya, hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad
menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka
terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan
teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon,
molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

"Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema," katanya yang
menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.
Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin
daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia
menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi
penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada
unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh
manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan
sehingga ke tahap kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap
gelombang 'tidak sihat' mampu memberikan kesan terhadap 'animasi
kehidupan' seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti
mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah
cenderung mencederakan diri
sehingga membunuh diri.

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada
tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu. Suatu gelombang
infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara
tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu
yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak
selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

*FAKTA: Hantu dan jin*

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida,
frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.



Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas
beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada
tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.

Begitu lah petikan yang Nur ambil sedikit dan kongsi bersama.

Oleh itu, Nur percaya bahawa dengan bezikir itu kita boleh mendapatkan ketenangan kerana setiap rongga badan kita tidak akan mampu di isi oleh hantu & jin ini..

p/s: kita x perlu merasa takut kan hantu & jin, sebaliknya takut lah kepada Allah s.wt.

U-turn'kan diri kta..

Setiap manusia pernah terbabas dan tersalah jalan. Apa yg membezakan orang cemerlang dengan orang yang gagal ialah insan cemerlang menemui kembali jalan yang betul, manakala insan yang gagal akan terus berada di jalan yang salah dan tidak menemui ruang untuk kembali.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

'Setiap kamu bersalah... sebaik2 yg bersalah adalah yg kembali.'

Amat penting bagi manusia mencari ruang kembali, manakah lorong U-turn untuk masuk semula ke laluan yang betul. Di manakah dot pusingannyer??
##manusia tidak tau tentang salahnya sehinggalah disedarkan.
##mereka tidak mahu berbuat baik sehinggalah disedarkan.
Mereka tidak mampu cemerlang sehinggalah disedarkan.

Semuanyer adalah bergantung kepada kesedaran mendalam...

Kesedaran perlu dipupuk. Racunnyer ialah lupa. Tenaganya ialah peringatan dan pengajaran. oleh itu, manusia perlu kepada peringatan dan pengaan bagi menawarkan racun kelupaan, juga mengekalkjaran tenaga perubahan supaya berterusan dalam hidup.

Jadi, setiap kali bertemu ruang U-turn untuk kembali ke jalan yang betul, lakukanlah kerana itu adalah anugerah daripada peringatan dan pengajaran yang terbesar..