Monday, November 15, 2010

Aidiladha: Nur Berharap




Salam and Good Morning sunshine.. :)

Esok adalah Hari Raya Aidiladha.

Seperti tahun2 sebelum ini,

Nur hanya menyambut nya hanya seorang diri.

Tak ada beza nya pun.

Hati yang kosong wlupun ada orang di sekeliling.

Tanpa mereka, hidup Nur tak ada seri nya.

Setiap tahun, itu lah yang berlaku, sejak 7 tahun yang lalu.

Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha...

Nur terasa sama saja.... KOSONG.

Kadangkala,

Nur cemburu juga dgn kwn2 Nur

ada yang balik kampung, celebrate dgn keluarga.

Bersalam and cium tangan orang tua di pagi raya,

menyediakan juadah raya bersama-sma.

Tapi Nur tau itu bukan mudah.

Itulah saat yang amat Nur nantikan.

Mungkin kah itu berlaku satu hari nanti?

"Ya Allah, Kau berikanlah kesempatan kepada diri ku.. Akan ku kuatkan langkah perjalanan ini kerna ku tahu Kau akan sentiasa di ku di saat ku sendiri...Amin."




p/s : To all my fwens, Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir batin. :)


Sunday, November 14, 2010

Tulis yang sahih



Salam.

Nur baru saja balik dari makan malam dgn seorang hamba Allah ni.

Sempat juga Nur berbual-bual dengan beliau

pasal aktiviti yang beliau hadiri pada Sabtu lepas

iaitu beliau kata'kan "aktiviti ke Jalan Allah".

Alhamdulillah, beliau telah tamat menghadiri nya

walaupun terpaksa menghadiri untuk sehari saja

disebabkan keterbatasan waktu yang beliau hadapi.

Ok. Kali ini, apa yang ingin Nur kongsikan adalah

sedikit sebanyak pandangan beliau mengenai penulisan blog Nur ini.

Mungkin beliau begitu mengambil berat akan

apa yang Nur bicara'kan di blog ini.

Secara peribadi nya, Nur menghormati pandangan beliau.

"Tulis blog yang berlandaskan agama jangan lah dipandang ringan,

sumber dan terjemahan nya harus lah ada bukti yang sahih

mengikut sunnah Nabi, hadis ataupun dari Al-Quran sendiri."

Begitulah pesanan beliau kepada Nur.

Memang benar sekali kata-kata beliau.

Bagi Nur, sebagai penulis blog ini,

perlu lah kita menyampaikan segala maklumat dengan tepat.

Agar tidak perlu ada kemusykilan di kemudian hari.

Sekian.

Friday, November 12, 2010

Sahabat dlm hati

Salam.

Hari ini, antara hari2 terakhir Nur bersma rakan2 seperjuangan yg telah lama

berjuang bsma2 dr awal hingga ke penghujungnya.

Alhamdulillah, segala nya di tempuhi dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan

walaupun bmcm2 dugaan yg kta tempuhi.

Setiap pertemuan akan ada perpisahan.

Segala kenangan pahit manis sepanjang pjuangan ini,

akan tersimpan kemas di dalam hati.

Sentiasa mekar dan segar di ingatan walau akan di mamah usia.

Mana mungkin Nur akan jumpa sahabat seperti kalian semua

yang sanggup menangis, bergelak ketawa, berduka bersama2.

Korang semua lah sahabat sejati Nur dunia dan akhirat.

Terima kasih sahabat ku kerna menerima kekurangan dan kelebihan diri ini seadanya.

Tanpa kalian, siapa lah Nur pada hari ini.

Semoga Allah memberkati kalian semua.
.
.
.
.
.
.
.

Salam sayang dari mu,

Nur Nurani


Saturday, November 6, 2010

Yin TANPA Yang






Entri kali ini Nur ingin memperkatakan tentang konsep Yin Yang dalam kehidupan kita.

Secara falsafah nya, mungkin kita sudah tahu maksud sebenar dari simbolik ini.

Tapi apa yang Nur ingin perkatakan di sini adalah tentang apa yang Nur lihat dari

sudut pandangan Nur sendiri.

Yin dan Yang adalah konsep yang berlainan atau bertentangan sesama sendiri.

Secara logik nya :

Perempuan dan lelaki

Muda dan Tua

Hidup dan Mati

Baik dan Buruk

Hitam dan Putih

Cinta dan Benci

Jujur dan Munafik

Dan terakhir sekali adalah SYURGA DAN NERAKA.


Perbezaan ini sentiasa ada kaitan antara satu sama lain.

Kalau salah satunya hilang, mana mungkin kita dapat membuat perbezaan

jika YIN hanya sendiri tanpa kewujudan YANG.

Kedua-dua nya mempunyai tarikan yang harmoni.

Simbolik ini sebenarnya, mengajar kita tentang perbatasan atau perbezaan yang harus

kita pertimbangkan di dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Allah SWT sesungguhnya telah memberikan kita akal yang sihat untuk berfikir.

Dan hanya orang2 yang beriman sahaja yang mampu menimbang baik segala hal.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kemaluannya; kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga)." (Al-Mukminun: 1-10)