Saturday, November 6, 2010

Yin TANPA Yang






Entri kali ini Nur ingin memperkatakan tentang konsep Yin Yang dalam kehidupan kita.

Secara falsafah nya, mungkin kita sudah tahu maksud sebenar dari simbolik ini.

Tapi apa yang Nur ingin perkatakan di sini adalah tentang apa yang Nur lihat dari

sudut pandangan Nur sendiri.

Yin dan Yang adalah konsep yang berlainan atau bertentangan sesama sendiri.

Secara logik nya :

Perempuan dan lelaki

Muda dan Tua

Hidup dan Mati

Baik dan Buruk

Hitam dan Putih

Cinta dan Benci

Jujur dan Munafik

Dan terakhir sekali adalah SYURGA DAN NERAKA.


Perbezaan ini sentiasa ada kaitan antara satu sama lain.

Kalau salah satunya hilang, mana mungkin kita dapat membuat perbezaan

jika YIN hanya sendiri tanpa kewujudan YANG.

Kedua-dua nya mempunyai tarikan yang harmoni.

Simbolik ini sebenarnya, mengajar kita tentang perbatasan atau perbezaan yang harus

kita pertimbangkan di dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Allah SWT sesungguhnya telah memberikan kita akal yang sihat untuk berfikir.

Dan hanya orang2 yang beriman sahaja yang mampu menimbang baik segala hal.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kemaluannya; kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga)." (Al-Mukminun: 1-10)

1 comment:

Anonymous said...

salam

tidak mungkin yin tanpa yang.. sedang Allah mencipta segala dalam ukurannya sendiri..

salam perkenalan