Sunday, November 14, 2010

Tulis yang sahih



Salam.

Nur baru saja balik dari makan malam dgn seorang hamba Allah ni.

Sempat juga Nur berbual-bual dengan beliau

pasal aktiviti yang beliau hadiri pada Sabtu lepas

iaitu beliau kata'kan "aktiviti ke Jalan Allah".

Alhamdulillah, beliau telah tamat menghadiri nya

walaupun terpaksa menghadiri untuk sehari saja

disebabkan keterbatasan waktu yang beliau hadapi.

Ok. Kali ini, apa yang ingin Nur kongsikan adalah

sedikit sebanyak pandangan beliau mengenai penulisan blog Nur ini.

Mungkin beliau begitu mengambil berat akan

apa yang Nur bicara'kan di blog ini.

Secara peribadi nya, Nur menghormati pandangan beliau.

"Tulis blog yang berlandaskan agama jangan lah dipandang ringan,

sumber dan terjemahan nya harus lah ada bukti yang sahih

mengikut sunnah Nabi, hadis ataupun dari Al-Quran sendiri."

Begitulah pesanan beliau kepada Nur.

Memang benar sekali kata-kata beliau.

Bagi Nur, sebagai penulis blog ini,

perlu lah kita menyampaikan segala maklumat dengan tepat.

Agar tidak perlu ada kemusykilan di kemudian hari.

Sekian.

No comments: