Wednesday, December 1, 2010

Yasin


Salam semua.

Entri kali ini, ingin Nur perkatakan tentang Surah Yasin. Mungkin Surah Yasin ini telah biasa

kita dengar ataupun baca dari kecil sampai ke dewasa.

Atau paling kerap kita dengar apabila di baca semasa ada kematian.

Kenapa Surah Yasin ini biasa di baca semasa kematian?

Supaya orang2 yg masih hidup sedar/insaf bila kita mengingati akan kematian.

Kerana setiap yang mati, akan dihidupkan semula pada hari kiamat nanti,

yang akan dihitung setiap amalan nya ketika di dunia.

Surah Yasin - Bukan setakat baca tetapi kita tak pernah nak memahami apa yang Allah nak

katakan pada kita.

Kalau kita rasa tak tenteram/sedih/marah/nak memulakan perjalanan/meminta keselamatan,

maka Surah Yasin inilah yang banyak maksud tersiratnya.

Sebab itu juga lah, Surah Yasin ini, kita katakan sebagai jantung Al-Quran.

Dalam Surah Yasin juga kita temui banyak ilmu.

(Ayat 33) Wa-aayatun lahumul ardhul maitatu ahyainaaha wa-akhrajna minha habban faminhu yak-kulun. Yang bermaksud: Bumi yang kemarau, yang mati, apabila hujan turun ia hidup balik. Ini lah ilmu pertanian.

(Ayat 37) Wa-aayatun lahumul lailu naslakhu minhu nahaara fa-iza-ahum mudhlimuun.
Yang bermaksud: siang, malam, matahari, bulan. Ini ilmu falak.

Begitu lah antara fadhilat Yasin yang sempat Nur kongsikan bersama-sama dengan anda semua.

Baca lah dari hati dan fahamilah maksud di sebalik Surah Yasin ini,
kerna di dalam nya, tersimpan seribu makna
yang Allah mahukan kita dengar dari hati ke hati.

Semoga kita sama2 mengamalkan bacaan Yasin ini. Amin.

No comments: