Salam.
Sudah agak lama Nur tinggalkan blog ini.
Bersawang dan berdebu.
Minta maaf kepada kengkawan yang selalu bertanya
bila Nur akan update blog Nur.
Pagi ini,
perasaan Nur terasa mahu menaip sesuatu
di laman Nurani yang dah lama Nur tinggalkan.
------------------------------
Kehidupan sekarang..
Alhamdulillah..
Lebih teratur dan sudah semakin jelas misi Nur.
Biarkan segala rintangan yang Nur lalui sejak 4 bulan lalu
pergi begitu saja.
" Buang yang keruh, ambil yang jernih"
------------------------------
Mungkin Allah sentiasa menguji Nur
dan Nur redha dengan ujian dari Nya.
Sebagai hamba Nya yang lemah
Nur tidak dapat lari dari membuat keputusan
yang kadang2 terpilih jalan yang tidak sepatutnya.
Tapi syukur kepada Allah,
kesempatan itu masih ada
dan sudah menjadi milik Nur sekarang.
--------------------------------
Mungkin ada hikmah disebalik semua itu..
Supaya kita menjadi insan Nya yang lebih baik.
Dan lebih menghargai org yang berada di sekeliling kita.
Hidup ini bukan berseorangan.
Keluarga dan teman2 sentiasa mhulurkan jari mereka
ketika kita merasakan hidup sudah terumbang ambing.
-----------------------
Terima kasih kepada keluarga dan teman2 Nur
kerana sentiasa mberi sokongan kpd Nur selama ini.
--------------------------
Sekian.
Semoga Nur akan sentiasa berkongsi dengan anda semua selepas ini.
DI sini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment