Showing posts with label jalan Allah. Show all posts
Showing posts with label jalan Allah. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Yasin


Salam semua.

Entri kali ini, ingin Nur perkatakan tentang Surah Yasin. Mungkin Surah Yasin ini telah biasa

kita dengar ataupun baca dari kecil sampai ke dewasa.

Atau paling kerap kita dengar apabila di baca semasa ada kematian.

Kenapa Surah Yasin ini biasa di baca semasa kematian?

Supaya orang2 yg masih hidup sedar/insaf bila kita mengingati akan kematian.

Kerana setiap yang mati, akan dihidupkan semula pada hari kiamat nanti,

yang akan dihitung setiap amalan nya ketika di dunia.

Surah Yasin - Bukan setakat baca tetapi kita tak pernah nak memahami apa yang Allah nak

katakan pada kita.

Kalau kita rasa tak tenteram/sedih/marah/nak memulakan perjalanan/meminta keselamatan,

maka Surah Yasin inilah yang banyak maksud tersiratnya.

Sebab itu juga lah, Surah Yasin ini, kita katakan sebagai jantung Al-Quran.

Dalam Surah Yasin juga kita temui banyak ilmu.

(Ayat 33) Wa-aayatun lahumul ardhul maitatu ahyainaaha wa-akhrajna minha habban faminhu yak-kulun. Yang bermaksud: Bumi yang kemarau, yang mati, apabila hujan turun ia hidup balik. Ini lah ilmu pertanian.

(Ayat 37) Wa-aayatun lahumul lailu naslakhu minhu nahaara fa-iza-ahum mudhlimuun.
Yang bermaksud: siang, malam, matahari, bulan. Ini ilmu falak.

Begitu lah antara fadhilat Yasin yang sempat Nur kongsikan bersama-sama dengan anda semua.

Baca lah dari hati dan fahamilah maksud di sebalik Surah Yasin ini,
kerna di dalam nya, tersimpan seribu makna
yang Allah mahukan kita dengar dari hati ke hati.

Semoga kita sama2 mengamalkan bacaan Yasin ini. Amin.

Wednesday, September 16, 2009

7 amalan membawa ke destinasi

1. Bissmillahhirrahmannirrahim :
pada tiap2 hendak melakukan sesuatu

2.Alhamdulillah :
pada tiap2 habis melakukan sesuatu

3. Astagfirrullah :
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk

4.InsyaAllah :
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. Lahaula wala quwata illahy billah :
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang berat atau melihat sesuatu yang buruk

6. Innalliah wain na illahirajiun :
Jika menghadapi musibah atau kematian

7. La ila ha ila llah :
Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga2 kita tergolong dikalangan orang yang dipilih Allah.

U-turn'kan diri kta..

Setiap manusia pernah terbabas dan tersalah jalan. Apa yg membezakan orang cemerlang dengan orang yang gagal ialah insan cemerlang menemui kembali jalan yang betul, manakala insan yang gagal akan terus berada di jalan yang salah dan tidak menemui ruang untuk kembali.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

'Setiap kamu bersalah... sebaik2 yg bersalah adalah yg kembali.'

Amat penting bagi manusia mencari ruang kembali, manakah lorong U-turn untuk masuk semula ke laluan yang betul. Di manakah dot pusingannyer??
##manusia tidak tau tentang salahnya sehinggalah disedarkan.
##mereka tidak mahu berbuat baik sehinggalah disedarkan.
Mereka tidak mampu cemerlang sehinggalah disedarkan.

Semuanyer adalah bergantung kepada kesedaran mendalam...

Kesedaran perlu dipupuk. Racunnyer ialah lupa. Tenaganya ialah peringatan dan pengajaran. oleh itu, manusia perlu kepada peringatan dan pengaan bagi menawarkan racun kelupaan, juga mengekalkjaran tenaga perubahan supaya berterusan dalam hidup.

Jadi, setiap kali bertemu ruang U-turn untuk kembali ke jalan yang betul, lakukanlah kerana itu adalah anugerah daripada peringatan dan pengajaran yang terbesar..